• :: Akademi Furqan :: Pendaftaran Kini Dibuka

    Akademi Furqan menawarkan Kelas Pengajian Al-Quran untuk Dewasa dan Kanak-kanak. Pakej pengajian termasuk Tilawah Al-Quran Interaktif, Bahasa Arab Qurani dan Tafsir Al-Quran. Pendaftaran kini dibuka untuk sesi Mac 2013. Maklumat lanjut sila hubungi kami[...]

  • Kelas Pengajian Dewasa

    Pakej termasuk Kelas Intensif - Praktikal bacaan al-Quran bertajwid (Talaqqi Musyafahah), Kelas Syarahan - Teori Asas Tajwid, Bahasa Arab Quran dan Tafsir (Surah Pilihan) [...]

  • Al-Quran Di Dalam Pemeliharaan Allah

    Sesungguhnya Kamilah Yang Menurunkan Al-Quran, dan Kami jualah yang akan memelihara dan menjaganya - Surah Al-Hijr : 9 [...]

  • Pendaftaran Dibuka Sekarang

    Akademi Furqan kini beroperasi di Taman Rasa Indah, Rasa dan dibuka untuk pendaftaran bagi golongan Dewasa, Remaja dan Kanak-kanak [...]

Wednesday, 29 May 2013

Hukum Mim (م) Sakinah

Huruf Mim Sakinah apabila bertemu dengan Huruf Hijaiyah, ia terbahagi kepada tiga (3) hukum, iaitu :
  • Ikhfa' Syafawi iaitu  apabila Mim Sakinah bertemu dengan Ba'. Wajib dibaca dengung dengan kadar dua (2) harakat. Contoh : 

  • Idgham Mithlain Shaghir iaitu apabila Mim Sakinah bertemu dengan Mim. Wajib dibaca dengung dengan kadar dua (2) harakat. Contoh :





  • Izhar Syafawi iaitu apabila Mim Sakinah bertemu dengan Huruf Hijaiyah selain Dariapda Ba' dan Mim. Contoh :



Monday, 18 February 2013

Mari Kenali Makhraj 'Am

Assalamualaikum warahmatullahi wabaralatuh.

Posting kali ini Akademi Furqan ini berkongsi ilmu tentang makhraj atau tempat keluar huruf...baik, sebagai muqaddimah ringkas apakah yang dimaknakan dengan makhraj?..

Makhraj dari sudut bahasa bermakna tempat keluar.

Adapun dari segi istilah pula makhraj membawa maksud tempat keluar Huruf Hijaiyah yang membezakan antara satu sama lain.

Makhraj atau tempat keluar ini pula terbahagi kepada dua bahagian, iaitu Makhraj Am dan Makhraj Khas.

Bagi makhraj 'am pula ada lima (5) bahagian, iaitu :

  1. Jauf - rongga mulut.
  2. Halq - halkum.
  3. Lisan - lidah.
  4. Syafatan - dua bibir
  5. Khaisyum - batang hidung.
Rajah di atas menunjukkan tempat keluar huruf @ makhraj 'am.

Thursday, 14 February 2013

Empat Martabat Bacaan Al-Quran

Terdapat 4 tingkatan atau mertabat bacaan Al Quran yaitu bacaan dari segi cepat atau perlahan:



At-Tahqiq:
Bacaannya seperti tartil cuma lebih lambat dan perlahan, seperti membetulkan bacaan huruf dari makhrajnya, menepatkan kadar bacaan mad dan dengung. Tingkatan bacaan tahqiq ini biasanya bagi mereka yang baru belajar membaca Al Quran supaya dapat melatih lidah menyebut huruf dan sifat huruf dengan tepat dan betul. 

  
Al-Hadar:
Bacaan yang cepat serta memelihara hukum-hukum bacaan tajwid. Tingkatan bacaan hadar ini biasanya bagi mereka yang telah menghafal Al Quran, supaya mereka dapat mengulang bacaannya dalam waktu yang singkat.


At-Tadwir:
Bacaan yang pertengahan antara tingkatan bacaan tartil dan hadar, serta memelihara hukum-hukum tajwid.


At-Tartil:
Bacaannya perlahan-lahan, tenang dan melafazkan setiap huruf dari makhrajnya secara tepat serta menurut hukum-hukum bacaan tajwid dengan sempurna, merenungkan maknanya, hukum dan pengajaran dari ayat. Tingkatan bacaan tartil ini biasanya bagi mereka yang sudah mengenal makhraj-makhraj huruf, sifat-sifat huruf dan hukum-hukum tajwid. Tingkatan bacaan ini adalah lebih baik dan lebih diutamakan.



#memang seronok jika kita dapat membaca al-Quran dengan lancar dan lidah yang fasih. meniti ayat-ayat cintaNya membuatkan hati menjadi lunak dan lembut dengan Allah...marilah belajar sementara berkesempata..

Wednesday, 13 February 2013

Kesalahan Tajwid Dalam Solat

DALAM satu program agama, seorang penceramah telah mengeluar satu hukum berkaitan masalah membaca tidak cukup harakat pada mad lazim kalimi muthaqqal dalam solat iaitu pada kalimah terakhir surah al-Fatihah. Beliau menyatakan hukumnya tidak sah solatnya. Penulis dihubungi rakan untuk meminta penjelasan status hukum tersebut.


Kekeliruan sebegini telah lama tersebar di kalangan masyarakat dan ini bukan kali pertama penulis mendengarnya. Bagi yang mendalami ilmu tajwid dan peminatnya mereka selalu mengetengahkan isu ini dalam membawa hujah kepentingan ilmu tajwid.

Bagi penulis, secara asasnya ketentuan sah atau batal solat seseorang adalah di bawah ilmu fiqh dan yang perlu menjelaskannya ialah mereka yang mahir dalam bab fiqh. Manakala guru Quran yang merupakan golongan terbaik sebagaimana hadis Rasulullah SAW bertindak sebagai pengajar dan penunjuk kepada bacaan yang tepat.

Ilmu tajwid berperanan menjaga al-Quran dari sudut ketulenan membaca al-Quran dan mewarisinya daripada generasi terdahulu dengan sebutan yang tepat. Penekanan guru al-Quran kepada pelajarnya tentang bab makhraj huruf, sifat huruf, hukum nun sakinah dan lain-lain adalah untuk meneruskan ketulenan bacaan al-Quran. 

Jika semua hukum tajwid ini tidak dijaga sudah tentu generasi hari ini dan sesudahnya tidak dapat menikmati bacaan al-Quran yang tepat. 

Cuba bayangkan jika semua huruf dibaca mengikut sesuka hati sahaja, maka bunyi bacaan al-Quran akan menjadi kedaerahan.

Ali Ibnu Abi Talib ra. menerangkan maksud kalimah tartila dalam surah al-Muzzammil ayat 4 ialah perelok sebutan huruf dan mengetahui waqaf. Atas dasar inilah al-Quran terus ditalaqqi daripada guru yang mahir dalam makhraj huruf, sifatnya dan segala hukum tajwid.
Menariknya dalam ilmu tajwid ini, di samping ulama menerangkan tentang makhraj huruf, sifatnya, hukum mad, waqaf dan sebagainya yang menunjuk kepada bacaan yang tepat, ulama juga menjelaskan kategori kesalahan. Kesalahan tajwid telah dibahagikan kepada dua iaitu; lahn Jali dan lahn Khafi.

Lahn Jali bermaksud kesalahan yang berlaku pada kalimah yang mencacatkan uruf bacaan, sama ada merosakkan makna atau tidak. Merosakkan makna seperti bertukar baris di atas (fathah) kepada baris di bawah (kasrah) atau hadapan (dhammah) di kalimah an'amta. Tidak merosakkan makna seperti membariskan huruf yang sukun seperti lam yalid. Dal di hujung kalimah dibariskan dengan fathah. Dinamakan jali kerana kesalahan ini begitu jelas dan boleh dikesan oleh ulama dan juga orang awam. Syeikh Makki Nasr menyatakan kesalahan sebegini adalah haram secara ijmak.

Lahn khafi atau kesalahan tersembunyi ialah kecacatan yang berlaku pada lafaz al-Quran yang tidak merosakkan makna. Al-Sakhawi menyatakan seperti tidak menyempurnakan sebutan huruf, sama ada terkurang sifat huruf atau terlebih sifat huruf.
Dr. Abdul Aziz Abdul Fattah Qari pula menyatakan lahn khafi ialah kesalahan yang berkaitan tidak sempurna sebutan huruf dan ia tidak dapat dikesan oleh orang awam kecuali mereka yang mahir dalam bidang ini. Ini seumpama tidak sempurna menyebut ghunnah atau dengung pada Idgham, Iqlab atau Ikhfa. Begitu juga menyebut dengan melebihkan tarqiq atau nipis pada huruf yang sepatutnya ditarqiqkan atau lebih tafkhim atau tebal pada huruf yang sepatutnya ditafkhimkan.
Kesan lahn khafi ialah menghilangkan kecantikan bacaan al-Quran namun begitu kebanyakan ulama menyatakan hukumnya ialah makruh dan tidak berdosa bagi mereka yang tidak mengetahuinya atau disebut sebagai wajib sinaei.

Seorang tokoh Quran yang masyhur Syeikh Mahmud Khalil al-Husari dalam bukunya, Ahkam Qiraat al-Quran mengulas panjang tentang hukum Lahn Khafi dengan menyebut pendapat yang mengharamkan lahn khafi

Namun beliau menyatakan pandangannya dengan mengambil kira semua sudut dengan menyebut contoh kesalahan lahn khafi seperti ghunnah dibaca dengan kurang dua harakat atau lebih, mad lazim dibaca dengan lima harakat atau dibaca lebih enam harakat. 

Beliau menyebut satu persatu kesalahan lahn khafi dan akhirnya beliau menutup dengan berkata semua kesalahan tersebut tidak haram atau makruh tetapi dipanggil sebagai khilaf awla, afdal dan akmal

Kesimpulannya, mendalami ilmu tajwid amat penting dan hukum-hakam tajwid memainkan peranan dalam menjaga ketulenan bacaan al-Quran. 

Guru Quran amat perlu menekankan pengajian hukum tajwid namun perlu berhati-hati dalam mengeluarkan hukum berkaitan fiqh. Ilmu fiqh amat luas dan pendapat ulama dalam sesuatu hukum biasanya mempunyai pelbagai pendapat.

Jika ada ulama menyatakan batal dalam sesuatu hukum akan ada ulama yang menyatakan sah, begitulah sebaliknya. 

Dalam isu tidak cukup harakat mad lazim atau terlebih bacaannya, amat baik jika dipegang pendapat Syeikh Khalil al-Husari yang berkata tidak haram tetapi khilaf awla. Wallah'alam.

Oleh KHAIRUL ANUAR MOHAMAD
| KHAIRUL ANUAR MOHAMAD ialah pensyarah di Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Tuesday, 5 February 2013

Pendaftaran Kursus Pengajian Al-Quran


Akademi Furqan mempelawa ibu-bapa, individu perseorangan dan para remaja sekolah untuk mengikuti Kursus Pengajian Al-Quran.

Terbuka kepada :
  • Individu Dewasa
  • Remaja berumur 14-18 tahun
  • Kanak-kanak berumur antara 7-13 tahun
  • Mereka yang dahagakan ilmu al-Quran, khususnya mempelajari bacaan al-Quran adalah dipelawa.
Kursus akan dimulakan pada awal bulan Mac 2013. Jadula pengajian akan diberikan kemudian.
Borang pendaftaran boleh diperolehi melalui :

  1. Us. Muhammad Saoki bin Abd Rahman (012-2231295 ), atau
  2. Us. Mohd Fauzi bin Ariffin (019 4404157), atau
  3. Us. Mohd Bakri bin Hashim (019-2520049), atau
Perdaftaran secara online di sini.


Maksud sabda Nabi Muhammad saw :

"Sebaik-baik kamu ialah yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya"  HR Bukhari & Muslim

"Hiasilah rumah kamu mendirikan solat dan membaca al-Quran" 
Muttafaqun 'Alaih