Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Entry kali ini Akademi Furqan ini berkongsi adab-adab membaca al-Quran. Antara adab-adab bagi orang yeng hendak membaca al-Quran adalah seperti berikut :
- Disunatkan membaca Al-Quran dalam keadaan berwudhuk dan dalam keadaan bersih kerana yang di baca adalah ayat-ayat Allah. Tangan kanan hendaklah digunakan untuk mengambil kitab ini, manakala menggunakan kedua-dua belah tangan semasa memegang Al-Quran.
- Disunatkan membaca Al-Quran di tempat yang bersih, seperti di rumah, surau, musollah dan tempat lain yang dianggap bersih. Tempat yang paling utama adalah di dalam masjid.
- Disunatkan menghadap ke arah Qiblat ketika membacanya. Bacaan hendaklah khusyu' dan tenang.
- Mulut hendaklah bersih, tidak berisi makanan. Sebaiknya sebelum membaca Al-Quran, mulut dan gigi dibersihkan terlebih dahulu.
- Sebelum membaca Al-Quran, disunatkan membaca ta'awwudz, iaitu meminta perlindungan Allah dari gangguan syaitan yang direjam. Doa bagi menerangkan hati juga boleh dibaca sebelum atau selepas membaca ta'awwudz.
- Disunatkan membaca Al-Quran dengan tartil, iaitu membaca dengan perlahan-lahan dan tenang.
- Bagi yang memahami maksud ayat-ayat Al-Quran, disunatkan membacanya dengan penuh perhatian dan pengertian tentang ayat-ayat yang di baca.
- Disunatkan membaca Al-Quran dengan suara yang merdu dan bagus bagi menambah keindahan bacaan tersebut.
- Seelok-eloknya, ketika membaca Al-Quran, pembacaan hendaklah sehingga tamat tanpa ada diputuskan kerana ingin berbual-bual, ketawa dan bermain-main.Kesucian Al-Quran hendaklah di jaga.
Selain itu, dengan menjaga adab ini, mudah-mudahan kita mendapat berkat dan rahmat dari Allah SWT.
Casinos Near Casinos in Las Vegas, NV - Mapyro
ReplyDeleteA map showing casinos and 남양주 출장샵 other 울산광역 출장마사지 gaming 천안 출장안마 facilities located near Casinos in Las Vegas, NV. Mapyro® provides the latest in 파주 출장마사지 gaming and attractions around 계룡 출장안마 the world