Pengenalan

Perkembangan pesat di dalam pelbagai lapangan dan bidang Ilmu telah menimbulkan kesedaran dan kepekaan dalam kalangan masyarakat dewasa kini.

Fenomena ini sekaligus telah membuka ruang dan peluang  yang begitu luas di dalam penyebaran DAKWAH ISLAMIYYAH di persada masyarakat MUSLIM khasnya.

Perlu disedari bahawa di dalam usaha membina dan melahirkan masyarakat “Minda Kelas Pertama” ia perlulah dididik dan diasuh dengan didikan ILMU UTAMA iaitu PENDIDIKAN ISLAM sekaligus MINDA yang UNGGUL ini akan sentiasa disaluti dengan variasi nilai Mahmudah (Terpuji) sebagai panduan buat melayari kehidupan seharian yang kian mencabar ini.

Tuntasnya, penubuhan AKADEMI FURQAN ini diharap dapat memeriahkan lagi medan dakwah Islamiah dan Pendidikan Islam sekaligus memberikan perkhidmatan yang TERBAIK di dalam bidang yang diceburi di samping berdedikasi melahirkan masyarakat yang berdaya saing dan berilmu pengetahuan tinggi sebagai aset bernilai di dalam mengemudi bahtera kehidupan di dunia dan di akhirat.  InsyaAllah.

MATLAMAT

Menyediakan perkhidmatan latihan dan pendidikan Islam kepada masyarakat dari pelbagai latarbelakang pendidikan dan usia.

Sebagai pusat sehenti  (One Stop Centre) kepada ilmu-ilmu yang berkaitan dengan pengajian dan pendidikan Islam

Memberikan perkhidmatan latihan yang berkualiti kepada masyarakat melalui penawaran kursus,latihan dan pengisian Ilmiah.

OBJEKTIF

Menjadi sebuah akademi pendidikan yang menyediakan perkhidmatan bimbingan,latihan dan pendidikan Islam yang melibatkan penganjuran kursus dan kelas pengajian bermodul dan kursus-kursus pendidikan Islam bagi semua peringkat lapisan masyarakat.

Menjadi sebuah akademi pendidikan yang bertindak sebagai penggerak dan pendokong kepada pelbagai aktiviti pendidikan dan kebajikan yang dianjurkan oleh pelbagai pihak samada agensi kerajaan mahupun swasta sebagai usaha melahirkan masyarakat “RABBANI MINDA KELAS PERTAMA”